HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 April 2018

SENG GIAW : DIALAH ANJING




Penyandang kerusi Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw berkata, ahli DAP yang memarahinya sebagai anjing (penderhaka) sebenarnya adalah anjing sendiri.

Seng Giaw yang menjadi sasaran maki hamun kerana membela Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebarang kenyataan harus berdasarkan kepada fakta dan bukannya sekadar membuat dakwaan melulu yang tidak berasas.

Walaupun tidak dicalonkan semula oleh parti untuk mempertahankan kerusi Kepong yang pernah dimenanginya sebanyak lapan kali, tetapi veteran DAP itu berkata, beliau tidak akan meninggalkan parti.

“Saya akan menjadi orang biasa dan ahli DAP biasa selepas bersara, tidak pernah terlintas fikiran untuk saya keluar daripada parti,” katanya kepada China Press.

Tambah Seng Giaw, sehingga ini, beliau tidak menerima arahan parti untuk bertanding di mana-mana kawasan, tetapi beliau bersedia membantu DAP untuk berkempen.

“Saya tidak akan bertanding sebagai calon bebas, politik adalah perjuangan secara berkumpulan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berkata, Pakatan Harapan tidak mungkin memutuskan hubungan dengan China.

Beliau bagaimanapun berkata, pakatan pembangkang ,sekiranya berjaya memerintah, akan menyemak semula kemasukan pekerja dari China ke negara ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu menilai semula pinjaman dan projek dari China, termasuk projek kereta api Pantai Timur.


Tiada ulasan: