HALAMAN SANTAI
Jumaat, 20 Julai 2018
Masalah disiplin lebih penting daripada kasut hitam
Bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mempersoal kewajaran langkah Kementerian Pendidikan melaksanakan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.
Katanya, beliau pelik apabila kementerian mendahulukan isu kasut hitam, sedangkan banyak lagi isu penting yang perlu ditangani termasuk masalah displin pelajar.
“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Tiada hal ehwal yang lebih pentingkah? Gudang kasut tentu gembira. 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM 350-400 juta.
“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya menerusi status di Facebooknyanya hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam bahawa pelajar sekolah memakai kasut hitam b
Langkah itu susulan terdapat rungutan ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan