THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Belum
sampai 24 jam selepas pemilihan UMNO , bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy
Jamaluddin mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan
dipaksa untuk mengikut pilihan ‘warlords’ dalam pemilihan UMNO peringkat
bahagian dan majlis tertinggi semalam.
Khairy yang tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam
perebutan jawatan Presiden UMNO berkata sistem undi bahagian berpihak
kepada ‘warlords’ yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka
walaupun statistik undi popular menunjukkan majoriti anggota parti itu
mahukan perubahan.
“Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat.
“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri, ” katanya menerusi laman Twitter hari ini.
Walaupun bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerima keputusan semalam dengan hati terbuka, beliau mahu anggota parti supaya membuang mentaliti feudal selain mengulangi pendiriannya untuk melihat perubahan dalam UMNO.
Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai Presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh mendahului dua pencabar utamanya iaitu Khairy yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.
Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pula dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat 110 undi menewaskan Ketua Penerangan UMNO merangkap Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (47 undi) setakat semalam.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada satu sidang media tengah malam tadi berkata senarai penuh keputusan Pemilihan UMNO 2018 diumumkan hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan