Kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 60an terdiri daripada syarikat berasingan dan ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Hasil siasatan dijalankan mendapati semua suspek membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Liga Sukan Untuk Semua Daerah di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang, dan Kota Tinggi bagi tahun 2015.
Bagaimanapun, penganjuran itu tidak dilaksanakan dan jumlah keseluruhan tuntutan palsu yang dibuat melebihi RM90,000.
Menurut sumber, suspek terdiri daripada lelaki dan wanita itu ditahan untuk membantu siasatan dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan membuktikan penjawat awam yang terlibat di sebalik tuntutan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut jumlah yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke mahkamah Johor Bahru untuk permohonan perintah tahanan reman, esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan