Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan berkata ahli-ahli Parlimen yang masih lemah penguasaan bahasa Melayu perlu memperbaikinya.
"Mereka telah dipilih rakyat maka wajib disekolahkan semula," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau menyokong usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) menganjurkan kursus Bahasa Melayu mulai Januari tahun depan untuk ahli Parlimen yang ingin meningkatkan penguasaan dalam bahasa kebangsaan itu.
Namun menurut Zainal, tahap penguasaan setiap ahli Parlimen itu perlu dilihat terlebih dahulu.
"Gapena setuju dengan tindakan tersebut tapi terlebih dahulu perlu diketahui tahap penguasaan mereka.
"Apakah mereka memiliki syarat minimum Bahasa Melayy iaitu kepujian di peringkat SPM?," katanya.
Tambahnya, "mereka wajib fasih dari segi lisan dan tulisan. Ujian lisan juga perlu diadakan di peringkat awal."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan