HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Oktober 2018

ANWAR SEDANG ‘BERLAKON’ DI PORT DICKSON



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang tidak konsisten dan oportunis terhadap rakyat di negara ini.

Beliau berkata, Ketua Umum PKR itu yang dipertaruhkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sanggup berlakon dengan masyarat pelbagai agama tanpa mempunyai pendirian konsisten.

“Dalam Islam memilih pemimpin adalah satu perkara mustahak dan sewenang-wenangnya tidak boleh diberikan kepada individu oportunis.

“Di tempat Benggali (sikh) dia memakai sarban, di tempat kuil Hindu dia menari Hindu tempat Buddha menari Buddha. Kita menghormati kebebasan beragama tapi sebagai seorang Islam dia harus konsisten dengan agama walau dia dimana dia berada.

“Dia (Anwar) ini dalam hal itu berlakon dengan semua agama dan tidak konsisten.

“Persoalan penting mengapa dia memilih kawasan 60 peratus bukan Islam, 40 peratus Islam dan tidak berani bertanding di kawasan majoriti pengundi Islam.

“Sepatutnya majoriti bukan Islam yang ada di PD ini perlu menghormati suasana politik seluruh Malaysia bukan di PD sahaja,” katanya berucap di ceramah perdana kempen PAS di Kampung Teluk Kemang, Ahad malam.

Turut hadir calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Abdul Hadi, memilih seorang pemimpin umpama sampai ke akhirat dan haruslah bersifat tetap.

“Kalau seorang itu tak percayakan bangsa dan kaum dia sendiri dengan memilih kawasan majoriti kaum lain, apakah kaum lain akan percayakan dia dan perlu undi,” soalnya lagi.


Tiada ulasan: