KUALA LUMPUR ― Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
mencadangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengubah kuasa veto Majlis
Keselamatan badan dunia itu.
Berucap di perhimpunan agung PBB ke-73 semalam, beliau menggesa perubahan dilakukan bagi memastikan satu kuasa besar, sebagai ahli tetap majlis itu, tidak cukup untuk membatalkan keputusannya.
“Saya sarankan kuasa veto tidak boleh dibuat oleh satu anggota tetap sahaja, tetapi sekurang-kurangnya dua negara besar yang disokong pula oleh tiga anggota tidak tetap Majlis Keselamatan.

“Perhimpunan agung kemudiannya perlu menyokong keputusan
itu dengan majoriti mudah. Itu sahaja,” katanya. Teks ucapannya di New
York diedarkan kepada media di sini.
Walau
PBB dianggapnya tidak cukup demokrasi, Dr Mahathir mengakui dunia bakal
berdepan bencana tanpa PBB tetapi badan itu mesti dikekalkan dengan
dana yang mencukupi.
“Tidak ada siapa yang harus mengancamnya dengan mengurangkan sumber kewangannya,” katanya, yang turut menyebut rasa bangga pada kejayaan perubahan kerajaan pada pilihan raya Mei lalu.
“Kami rakyat Malaysia, bangga dengan pencapaian demokrasi kami baru-baru ini, menyimpan harapan tinggi bahawa dunia seluruhnya akan menyaksikan kedamaian, kemajuan dan kemakmuran.
“Dengan ini, kami menyerahkan kepada PPB agar mendengar suara hati kami,” katanya di hujung ucapan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan