Kerajaan negeri, agensi bekerjasama pantau kesalahan lalu lintas

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak akan mengkaji pelbagai cadangan
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari
arah Terowong Menora ke Kuala Kangsar di sini.
Exco
Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus
Jamhari berkata, cadangan yang akan dibincangkan dengan jabatan berkaitan
termasuk mengenai pembinaan laluan baharu bagi mengelak berlakunya kemalangan
dan kesesakan lalu lintas.
“Pelbagai
cadangan tentang penambahbaikan di laluan itu telah diajukan kepada kerajaan
negeri. Kita telah pasang lampu limpah di laluan tersebut, namun kita akan
terus melakukan penambahbaikan,”katanya di Unit Forensik di Hospital Kuala
Kangsar di sini, hari ini.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk meningkatkan rondaan di laluan tersebut bagi memantau kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk meningkatkan rondaan di laluan tersebut bagi memantau kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna.
Dalam
nahas di Km 255.3 di PLUS selepas Terowong Menora pada pukul 11.47 pagi, Sabtu
lepas, lima individu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar
selepas dirempuh sebuah treler. Pemandu treler direman dua hari mulai hari ini.
Difahamkan,
tiga daripada lima mangsa yang rentung terdiri daripada seorang wanita warga
emas berusia 60 tahun, serta seorang wanita berusia 37 tahun bersama bayi
lelakinya yang baru berusia setahun, dan mereka dipercayai dalam perjalanan
dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan