HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Oktober 2018

Operasi SAR remaja lelaki terjatuh dalam lombong diteruskan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong diteruskan hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Zon 5, Izman Adnan berkata operasi mengesan Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, 17, diteruskan pukul 8 pagi ini dengan melakukan pencarian di kawasan tebing sepanjang 40 meter di lombong berkenaan.

“Bomba mendapati arus dalam lombong masih deras pagi ini dan pasukan penyelam akan membuat penilaian dahulu sebelum membuat operasi.

Difahamkan pasukan penyelam dari Polis Marin akan melakukan SAR dan bagi pihak bomba kami belum dapat pastikan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari mana akan datang,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Ditanya sama ada teknik menyelam secara berkumpulan akan digunakan hari ini, beliau berkata pihaknya tidak dapat memastikan teknik yang akan digunakan.–Bernama

Tiada ulasan: