HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Oktober 2018

PRK PD: ANWAR CEMAR IMEJ SENDIRI



Keputusan pemimpin PKR menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson hanya mencemar imej beliau sebagai pemimpin yang dihormati rakyat, ujar Ketua Pemuda PAS, Abdul Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin yang sangat berpengalaman, Anwar sepatutnya lebih cepat menangkap perkembangan politik semasa negara.

“Di peringkat nasional, kita berdepan dengan kemelut ketidaktentuan ekonomi. Banyak bantuan kepada rakyat dinafikan contohnya dalam kalangan penjawat awam, golongan B40, para nelayan dan peminjam PTPTN.

“Projek-projek khas bagi menjamin kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar juga telah dimansuhkan. Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada bulan November 2018 juga dianggap sebagai bajet berkorban.

“Kos yang diperuntukkan untuk PRK PD sahaja telah menelan belanja sebanyak RM 3.6 juta.Namun, disebabkan kemahuan peribadi, beliau sanggup mahukan PRK diadakan untuk tujuan politik peribadi menjadi Perdana Menteri,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok) berkata langkah Port Dickson bagi mempersiapkan Anwar menjadi perdana menteri ke lapan itu turut dipertikai oleh komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Malahan menurutnya langkah tersebut seolah-olah memberi isyarat bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak mempunyai kredibiliti untuk memimpin dan perlu digantikan segera.

“Walaupun Anwar telah menjadi calon PRK Port Dickson, namun dari aspek moral ia telah tercalar. Kerelevanan beliau sebagai calon dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk dalam komponen Pakatan Harapan sendiri.

“Hal ini menunjukkan bahawa ‘move’ Port Dickson penuh dengan kepentingan peribadi berbanding kepentingan awam dan ia tidak menjamin kesejahteraan rakyat khususnya pengundi di Port Dickson.
Segala kepentingan awam diperjudikan demi untuk memenuhi motif peribadi Anwar,” katanya.


Tiada ulasan: