KUALA LUMPUR: Kerajaan
dilihat terus bergantung kepada pendapatan daripada industri judi
apabila terus menaikkan cukai fi dan levi atas sektor tersebut, demikian
kemuka Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu).
Menurutnya, ketika aktiviti judi haram
diperangi, kerajaan seolah-olah menggalakkan pula perjudian dengan
kenaikan fi kepada kasino dan premis atau perniagaan judi yang
dilesenkan.
“Lesen kasino dinaikkan dari RM120 juta
kepada RM150 juta setahun. Duti kasino dinaikkan daripada 55 peratus
kepada 55.5 peratus ke atas pungutan bersih. Lesen mesin dealer dinaikkan dari RM10 ribu kepada RM50 ribu setahun.
“Duti mesin judi dinaikkan 20
peratus kepada 30 peratus atas kutipan kasar cabutan khas dikurangkan
sebanyak 50 peratus,” ujarnya pada perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan
Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin dahulu.
Katanya, apabila industry
tersebut dikenakan bayaran lebih tinggi, mereka akan mempertingkatkan
aktiviti-aktiviti perjudian yang mungkin melibatkan semua rakyat, secara
online ataupun offline.
Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan
menghadkan kegiatan perjudian ini daripada lesen yang diberikan atau
mungkin membenarkan aktiviti secara online.
Dalam perbahasan tersebut, beliau juga
membangkitkan mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini hanya
mempunyai Pengerusi setelah lainnya meletakkan jawatan beramai-ramai.
Beliau turut memberi bayangan tidak akan
menyokong Bajet tersebut yang mengabai dan tidak mengadakan pembangunan
seimbang untuk Pantai Timur.
“ECRL telah digantung oleh Kerajaan buat
sementara dan yang penting terminal airport Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra Kota Bharu walaupun telah dicadangkan dalam Bajet 2018,
nampaknya dalam bajet ini tidak ditimbulkan langsung.
“Kemudian lebuh raya Kota Bharu-Kuala
Krai, walaupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Langkawi dalam Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, tetapi nampaknya tidak ada
di dalam Bajet 2019,” kesalinya. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan