Polis
menahan 25 individu termasuk pemandu sebuah bas ekspres dalam sekatan
jalan raya Op Covid-19 di Jalan Yam Tuan di Seremban, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata bas itu ditahan pada kira-kira 10.30 pagi.
“Seramai 25 orang ditahan termasuk pemandu, kelindan serta penumpang bas berkenaan yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan 22 warganegara Indonesia membabitkan 17 lelaki dan lima wanita kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 66 tahun dan mereka direman dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269
Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan
Tempatan Jangkitan) 2020 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan