Sembilan
premis di Sandakan diarah tutup kerana mengingkar arahan perintah
kawalan pergerakan (PKP), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
(JKNS) Dr Christina Rundi.
“Premis berkenaan adalah tiga kedai serbaneka, tiga kedai runcit dan masing-masing satu kilang, bengkel, serta kedai makan.
"Arahan penutupan premis berkenaan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.
“JKNS telah mengeluarkan amaran sebanyak dua kali tetapi premis berkenaan masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan, sebelum diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau berkata antara yang turut serta dalam operasi bersepadu itu adalah polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan dengan kekuatan seramai 165 anggota di seluruh Sabah.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan