HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 April 2020

Covid-19: 84 kes baharu, satu kematian direkodkan hari ini

Muhammad Azizul Osman
MGF01042020_PC-KP-KESIHATAN08
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
 

PUTRAJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 hari ini meningkat sedikit dari jumlah semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, katanya, kes positif hari ini adalah sebanyak 84 kes.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,389 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,103 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di KKM hari ini.

Dalam pada itu, satu kematian dilaporkan berlaku hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 89 kes.

“Kes kematian ke-89 (kes ke-4,769) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun.
Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang,” jelas Noor Hisham.

Mangsa mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-2,726.

Sejumlah 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,197. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: