Pengesanan tersebut dilakukan menerusi analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR)
Menurutnya, tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah yang mana bagi umat Islam dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam upacara keagamaan hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 1,634 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, di mana 138 kes didapati adalah positif COVID-19 dan 1,496 adalah negatif di lokasi di beberapa lokasi yang berisiko tinggi di Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
“Adalah dimaklumkan bahawa 79 kes positif telah dikesan sebelum PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) manakala selebih 59 kes positif telah dikesan selepas PKPD dikuatkuasakan.
” Terdapat kes kematian COVID-19 dari kawasan ini (iaitu kes ke-1114, kes ke-1251, dan kes ke-2627).
“Kawasan sekitar Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid telah dikenalpasti Buffer Zone (zon penampan) iaitu meliputi Kampung Dato Ibrahim Majid, Kampung Parit Penghulu, Kampung Parit Salleh dan Taman Seri Bayu yang dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1,800 orang.
“Pengesanan kes secara aktif (ACD) telah dilaksanakan ke atas sekitar 1,500 orang dengan 359 orang daripada mereka telah menjalani saringan sampel berdasarkan penilaian risiko dan 13 kes didapati positif, 88 kes negatif dan 258 kes dalam proses ujian makmal,” ujarnya.
Noor Hisham berkata, pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa tempoh PKPD, termasuk bancian penduduk, Active Case Detection (ACD) rumah ke rumah, pengambilan sampel, aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan.
“Bagi kes yang disahkan positif Covid-19, pesakit akan dikuarantin di Pusat Kuarantin Latihan JAKOA Kluang,” katanya. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan