HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 April 2020

COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9 pagi pada 5 April - KKMM

Bernama
COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9 pagi pada 5 April - KKMM
Senarai penafian berita tular dalam media sosial pada 9 pagi, hari ini. -Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 9 pagi, hari ini.

1. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kebenaran video yang memaparkan kononnya keadaan di sebuah pusat kuarantin dalam keadaan daif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
 
2. Kementerian Wanita dan Keluarga menafikan laporan mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan kenaikan peratusan panggilan ke Talian Kasih sebanyak 57 peratus, walhal peningkatan itu sebenarnya turut merangkumi kategori lain termasuk hal berkaitan wabak COVID-19, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain.

3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan yang memetik Ayat 33 dari Surah al-Ahzab mempunyai kaitan dengan tiga kes kematian pada 3 April 2020 dan jumlah 3,333 kes positif COVID-19. Ia sama sekali tidak benar.
 
 
 

Tiada ulasan: