HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 April 2020

COVID-19: Tiga lagi kematian dicatatkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Pertambahan tiga lagi kes kematian berkait COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 73 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke-71 (kes ke-3091) membabitkan lelaki warganegara berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

"Beliau mempunyai kontak rapat kes positif COVID-19 dari kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu kes ke-452). Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari hari ini," katanya pada sidang media hari di Putrajaya, hari ini.

Katanya, kes kematian ke-72 (kes ke-537) pula membabitkan lelaki warganegara berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung, disahkan meninggal dunia jam 11.15 pagi tadi.

"Kes kematian ke-73 (kes ke-2399) membabitkan lelaki warganegara berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari tadi," katanya.

Tiada ulasan: