
KUALA LUMPUR– Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah setakat jam 12 tengah hari semalam.
Menurut
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC)
Kementerian Kesihatan (KKM), Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes
tertinggi positif COVID-19.
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.
Selain
Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan
kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.
Zon merah
mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40
kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan dengan 15 kes.
Sementara
itu, Malaysia kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di
dunia, menghuni tangga ke-34 semalam dengan 4,530 kes positif dan 73
kematian. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan