MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 11 April 2020
'Kami tak buang air kencing'
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
“PERKARA
yang ditularkan itu tidak benar sama sekali (buang air kencing) malah
kami di sini hanya berkurung di dalam bilik,” kata wakil penghuni
Selangor Mansion, Takiyuddin Farouq, 50.
Takiyuddin berkata, dia
berasa kesal dengan laporan yang memberi persepsi negatif terhadap semua
penghuni di Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
“Memang kami
warga asing, di sini terdapat warga asing dari India, Nepal , Pakistan
dan Bangladesh namun kami tidak berbuat demikian.
“Jika benar
berlaku, saya sebagai wakil penghuni memohon maaf kepada anggota
keselamatan, namun setahu saya kami tidak berbuat demikian dan
menghormati anggota keselamatan yang bertugas,” katanya ketika
dihubungi.
Takiyuddin yang berasal dari India berkata, kerajaan Malaysia banyak
membantu penghuni di dua kawasan berkenaan terutama dalam menyalurkan
bantuan makanan.
“Sehingga kini semua kedutaan kami tidak
menghubungi rakyat mereka. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang
banyak membantu kami sepanjang proses kuarantin.
“Kami semua tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa dan pengorbanan rakyat Malaysia,”katanya.
Menurutnya, dia berharap isu yang dilaporkan dan ditularkan itu selesai kerana pihak berkuasa sudah menafikan perkara berkenaan.
“Fokus kami kini adalah untuk menunggu keputusan ujian saringan yang dilakukan bermula kelmarin.
“Saya
tidak nafikan ada yang tidak berdisiplin dengan membuang sampah ke
bawah tetapi bukan air kencing seperti yang ditularkan,” katanya. Takiyuddin FarouqSemalam,
tular di media sosial mendakwa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
yang bertugas di Bangunan Selangor Mansion memakai topi keledar untuk
mengelak air kencing penduduk bangunan itu.
Namun, Panglima ATM
Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya memakai topi keledar di
semua kawasan diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan