Bila menteri kesihatan bercerita tentang asas kesihatan iaitu banyak minum air kosong, khususnya air suam, langsung dicop sebagai doktor air suam.
Di celah-celah itu turut diputar kembali lagi yang sama iaitu dendangan lagu kerajaan pintu belakang.
Ada yang tak habis-habis mahukan bantuan dan pakej rangsangan prihatin untuk menangani kesan ekonomi supaya dibawa ke parlimen untuk dibahaskan terlebih dahulu.
Sedangkan rakyat mahukan bantuan itu disalurkan segera, kerana kesannya semakin menjerut mereka.
Pakatan Harapan atau PH ini sejak jadi kerajaan hingga kembali sebagai pembangkang selepas 22 bulan sering terpisah daripada aspirasi rakyat.
Bila mereka dipenuhi dengan pemimpin yang fikir mereka tahu semua, beginilah jadinya.
Mereka pertikai jumlah pakej rangsangan RM250 bilion bukan jumlah yang betul, sebaliknya hanyalah kira-kira RM25 bilion sahaja.
Sejak bila pula pakej rangsangan hanya berbentuk wang tunai sahaja. Pakej rangsangan pastinya mempunyai pelbagai kaedah yang akan merangsang ekonomi.
Berbanding bayaran RM30 ke dalam e-wallet oleh kerajaan PH, pakej rangsangan kali sangat besar demi memastikan rakyat mempunyai wang.
Para pemimpin PH sebenarnya cemburu kerana mereka tidak cukup berani untuk berjuang demi rakyat, tetapi sering terperangkap dengan kehendak diri sendiri dan tidak mahu mendengar pandangan profesional.
Kelebihan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selain mempunyai menteri kabinet berpengalaman, turut dikukuhkan lagi pelantikan dalam kalangan mereka yang profesional.
Bila Datuk Seri Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah, sekali lagi pembangkang meroyan.
Ada yang berkata berbaloi Hadi penat menebuk bumbung, akhirnya diberi jawatan.
Mantan menteri itu lupa kegagalan beliaulah menyebabkan kouta haji dikurangkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Sebagai parti politik dan pemimpin politik, UMNO, Pas dan parti-parti lain mengkaji situasi semasa.
PH memang telah jelas retak dan menunggu belah. Jadi PN hanya tampil ke depan bagi menyelamatkan keadaan.
Bukan mudah buat PN untuk memikul kesilapan PH terutama dalam mengekang wabak korona dan dampaknya kepada ekonomi negara.
Sikap lalai dan semberono kerajaan PH tidak menyekat segera kemasukan pelancong dari China yang merupakan punca pendemik membuatkan keadaan lebih parah.
Di Indonesia sudah ada pihak yang mengambil tindakan terhadap Presiden Jokowi kerana gagal menangani wabak tersebut.
Di Malaysia yang sepatutnya disaman ialah kerajaan PH. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan