Malaysia
dijangka akan diperkenalkan dengan Remdesivir tidak lama lagi, iaitu
ubat antivirus dari Amerika Syarikat (AS) dan dikatakan berpotensi untuk
digunakan dalam rawatan pesakit Covid-19.
Ketua Pengarah
Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah meluluskan
beberapa permohonan untuk membawa masuk ubat eksperimental itu ke
Malaysia.
"Kami terima permohonan untuk bawa masuk Remdesivir, dan telah luluskan satu atau dua (permohonan).
"Insya-Allah,
kita akan cuba perkenalkan ubat baru ini kepada pesakit (tak lama
lagi)," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
Beliau
berkata, selain Remdesivir yang dibuat oleh syarikat bioteknologi AS
Gilead, Kementerian Kesihatan juga menggunakan hydroxychloroquine dan
beberapa lagi ubat antivirus off-label.
"Off-label" bermaksud ubat
yang digunakan untuk tujuan berbeza dengan apa yang diluluskan pihak
berkuasa. Hydroxychloroquine misalnya sebelum ini digunakan untuk
merawat jangkitan malaria.
[Berita lanjut menyusul]
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
Jadilah
pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber
maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia
yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan