HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 April 2020

Menteri: Boleh keluar lebih 10km jika tiada hospital, kedai berhampiran

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa terdapat pengecualian untuk peraturan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menetapkan pergerakan seseorang perlu dalam radius 10 kilometer dari rumah.

Beliau berkata jika tidak ada kedai atau kemudahan perubatan dalam radius itu, maka orang ramai boleh pergi ke kemudahan terdekat meski melebihi 10km.

"Semalam kita mendengar bahawa ada sesetengah individu yang keluar rumah untuk mendapatkan perubatan, tetapi kerana lebih daripada 10km mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka.

"Sekiranya ia melibatkan kesihatan, seperti untuk pergi ke klinik, polis boleh menggunakan budi bicara," katanya, memberikan contoh yang sama jika seseorang perlu membeli bahan makanan.

Ismail berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Tiada ulasan: