Bendahari Angkatan Baru Malaysia, Amzaidin Amiruddin menarik perhatian, ada sesetengah peniaga tidak mempunyai lesen tetapi sudah berniaga lama, sekali gus wujud kekangan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Pusat mahupun negeri.

“Harap anda semua boleh bersabar dan bersedia dalam apa bentuk cara atau kaedah. Semoga kerajaan boleh memberikan bantuan-bantuan tambahan khas buat peniaga-peniaga kecil ini,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA hari ini.
Amzaidin berkata, badan bukan kerajaan (NGO) nya menyokong penuh keputusan kerajaan tidak membenarkan perniagaan bazar Ramadan beroperasi termasuk e-bazar yang bertujuan memperketatkan lagi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membendung penularan COVID-19.

“Ya, apabila tiba bulan Ramadan sudah pasti banyak isi rumah membuat tempahan makanan dalam talian (online) atau pun pandu lalu.
“Difahamkan, angkanya besar sekurang-kurangnya 3,000 hingga 5,000 tempahan setiap daerah di seluruh negara.
“Justeru, amat membimbangkan sekiranya kerajaan membenarkan perlaksanaan e-bazar atau Bazar Ramadan,” kata Amzaidin lagi. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan