KUALA LUMPUR– Dalam keadaan negara ketika ini sedang
berdepan dengan wabak berbahaya COVID-19, masih ada suara-suara sumbang
termasuklah Ketua Pemuda Dap Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang
dilihat lebih mengutamakan soal berpolitik ketika negara berjuang
mengekang penularan pandemik itu.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah tindakan
beliau yang mempersoalkan janji isytihar harta oleh Perikatan Nasional
(PN) selepas genap sebulan PN memerintah tidak kena pada waktunya.
“Sebagai
seorang wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Paloh, Sheikh
Umar sepatutnya meminta keperluan dan memperjuangkan kebajikan rakyat di
kawasannya. Adakah rakyat di DUN Paloh yang terjejas akibat COVID-19
telah terbela keseluruhannya? Adakah Sheikh Umar telah memastikan
perkara itu?
“Adakah Sheikh Umar lebih mengutamakan soal isytihar harta daripada
kebajikan rakyat yang terjejas ekoran penularan Covid-19?Ketika ini,
semua pihak iaitu kerajaan Pusat, kerajaan Negeri, wakil rakyat,
pimpinan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga rakyat sedang
sibuk memerangi wabak COVID-19,” katanya dalam hantaran Facebook, hari
ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Johor berharap jika Sheikh Umar mahu juga
bercakap soal isytihar harta apabila dilaksanakan nanti bukan sahaja
melibatkan pihak kerajaan malah pembangkang.
“Saya juga meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) bagi menyiasat penggunaan wang derma dari rakyat kepada Tabung
Harapan Malaysia (THM),” katanya lagi.
Tambah Hairi lagi, pastinya rakyat hendak tahu sama ada benar atau
tidak wang THM itu digunakan untuk membayar hutang negara akibat skandal
1MDB.
“Namun… biarlah apa yang saya nyatakan itu dilaksanakan selepas
negara sudah benar-benar bebas daripada rantaian COVID-19. Tidak
perlulah kita menuding jari di saat genting ketika ini.
“Bersama-samalah kita membantu kerajaan di peringkat Pusat dan negeri
bagi menangani wabak yang boleh membawa maut, COVID-19. Semua itu perlu
kita lakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mewujudkan kesepakatan dalam
menangani isu COVID-19 sebelum negara dilanda gelombang lebih buruk ,”
ujarnya. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan