HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 April 2020

Tabung COVID-19: RM22.66 juta diterima setakat semalam

ADMIN ISMAWEB

 

RM5.68 juta disalur kepada YKN bagi fasa pertama pembelian bantuan

PUTRAJAYA – Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalur kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi fasa pertama pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas, terutama bagi mereka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)

“Bagi fasa kedua, RM9.06 juta diperuntukkan, yang akan disalur ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YKN untuk tingkat kemampuan pengagihan bantuan ini,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini. – Bernama


Tiada ulasan: