“Kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan dan Gawai tahun ini kerana tempoh 2 acara itu berdekatan tahun ini,” kata Ketua Menteri Abang Johari Openg pada sidang akhbar di Miri, hari ini.
Beliau mengesyorkan peniaga bazar Ramadan dan Gawai menjual produk makanan mereka secara atas talian.
Mereka yang memerlukan bantuan dari segi jualan atas talian boleh menghubungi Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) untuk garis panduan atau perusahaan kecil dan sederhana di Sibu, Miri dan Kuching, katanya.
Negeri lain yang membatalkan bazar bulan Ramadan termasuk Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan