BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia merupakan kes kematian ke-67 (kes ke-2864) dengan mangsa mempunyai latar belakang penyakit tiroid.
“Pesakit mempunyai penyakit tiroid dan lambat ke hospital untuk
mendapatlan rawatan. Seperti yang saya katakan bagi kebanyakan kes, 88
peratus datang (ke hospital) ketika dalam kategori satu dan dua… tetapi
pesakit ini dalam kategori empat,” katanya pada sidang media harian
COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Wanita berkenaan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9 April, pukul 9.42 pagi.
Sebelum ini kes kematian COVID-19 di Malaysia kebanyakkan melibatkan warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis.
Semalam, Dr Noor Hisham berkata hampir 60 peratus daripada mereka
yang terkorban kerana COVID-19 adalah mereka yang berusia 60 tahun dan
ke atas selain dengan masalah kesihatan lain.
Selain itu kata Dr. Noor Hisham, kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah masih rendah iaitu pada kadar 1.58 peratus berbanding purata negara-negara lain yang dilaporkan kira-kira 4.6 ke 5.6 peratus daripada jumlah mereka yang dijangkiti.

Katanya, peratusan itu membuktikan perkhidmatan perubatan yang
diberikan dalam negara sama ada di wad atau unit rawatan rapi (ICU),
adalah pada tahap baik dan memuaskan.
“Pakar-pakar kita, contohnya pakar bius dapat merawat pesakit sebaik mungkin dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka kerana memberikan rawatan yang mantap dan berkesan kepada semua pesakit di wad dan ICU,” katanya.

Mengenai pesakit di ICU, Dr Noor Hisham menjelaskan lima peratus
pesakit COVID-19 dimasukkan ke unit itu untuk menerima rawatan dan
peratusan discaj adalah sekitar 35 hingga 40 peratus.
“Yang selebihnya masih dirawat di ICU, atau mereka akan kembali ke wad biasa… kira-kira lima peratus atau 4.9 peratus, diuruskan di ICU, dan kirakira 30 peratus daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata KKM sentiasa memantau ubat yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 terutamanya jika pesakit mempunyai gejala atau penyakit-penyakit lain.

“Apabila kita mulakan ubat contohnya ’off label’, kita kena pantau
sama ada ubat itu berkesan atau banyak kesan sampingan, khususnya bagi
mereka yang ada penyakit lain… kita kena pantau sebelum diberikan
rawatan Hydroxychloroquine,” katanya.
Dr Noor Hisham menjelaskan penggunaan ubat Hydrochloroquine mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, kabur penglihatan dan cirit-birit. – BERNAMA
Dr Noor Hisham menjelaskan penggunaan ubat Hydrochloroquine mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, kabur penglihatan dan cirit-birit. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan