HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Januari 2021

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi

 Bernama

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi ABDUL HADI: Tiada parti yang boleh menang sendiri dalam PRU15. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Beliau berkata ini disebabkan ketika ini tiada satu parti yang kuat dan stabil boleh memerintah dengan sendiri tanpa gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15.
 
"Kita (Pas) berharap dua (parti) ini (UMNO dan Bersatu) bergabung. Tiada parti yang boleh menang sendiri dalam PRU15," katanya ketika menjadi tetamu dalam talian rancangan Bicara Negarawan anjuran Majlis Porfesor Negara dengan tajuk Masa Depan Malaysia; Ke Mana Kita? hari ini.
 
"Kita utamakan parti gabungan orang Melayu dahulu supaya kepimpinan Islam itu dapat diwujudkan dengan kuat dan pada masa sama juga melibatkan masyarakat majmuk. Sekiranya orang Melayu berpecah, akan berlaku kecelaruan," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: