HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 April 2021

'Bukan kita minta masuk MN, kita dijemput masuk' - Wan Saiful

Astro Awani
'Bukan kita minta masuk MN, kita dijemput masuk' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan parti itu 
sebelum ini dijemput untuk menyertai Muafakat Nasional. - Gambar fail/
BERNAMA
 
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan parti itu sebelum ini dijemput untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).
 
Jelasnya, bagaimanapun selepas bersetuju dengan pelawaan itu, tidak ada respon rasmi mengenai status selanjutnya.
 
"Bila ditanya adakah Bersatu tolak MN, saya nak tegaskan bahawa kita dijemput masuk dan kita setuju. Selepas kita setuju, the ball is not in our court anymore.
 
"Kita tak tolak dan tak pernah tolak agenda penyatuan. Janganlah tuduh kita tolak pula," katanya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Sabtu. 
 
Katanya lagi, Bersatu telah bincang secara mendalam mengenai jemputan itu tahun lepas dan akhirnya parti itu bersetuju menerima pelawaan untuk bersama MN.
 
Ia sekali gus katanya menunjukkan bukan Bersatu yang meminta untuk masuk, tetapi dijemput menyertainya.
 
"Bukan kita minta masuk. Kita dijemput masuk. Bila kita dah balas surat dan nyatakan persetujuan, tidak ada respon rasmi mengenai status selanjutnya. Saya sendiri tertanya-tanya apa status jemputan itu sekarang,"ujarnya. 
 
Justeru katanya, sekarang adalah masa untuk tumpukan tenaga dan masa memperkukuh Perikatan Nasional.
 
"MN itu satu cerita lah. Tapi kita sekarang tumpu PN dan perkasakan PN," tambahnya.

Tiada ulasan: