MALAYSIAKINI
Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata partinya perlu mengambil peluang dalam tempoh darurat untuk mengadakan pemilihan parti.
"Jadi jika ahli dan pemimpin Umno sudah tahu yang darurat akan berakhir bulan Ogos nanti mengapa kita tidak ambil peluang darurat ini untuk perbetulkan parti kita?
“Kenapa kita tidak gunakan peluang ini untuk reset (bina semula) parti Umno dengan wajah yang lebih segar dan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat," katanya yang lebih dikenali sebagai Papagomo dalam kenyataan hari ini.
Gesaan itu selari dengan pendirian beberapa pemimpin kanan Umno, seperti Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin yang berpendapat Umno perlu segera mengadakan pemilihan parti untuk menyelesaikan isu dalaman parti.
Katanya, adakan pemilihan semasa tempoh darurat merupakan masa yang paling sesuai dan tepat.
"Umno perlu mengadakan pemilihan parti tahun ini sebelum Ogos 2021.
“Jika PRU15 diadakan pada bulan November 2021 kita masih ada masa untuk menawarkan manifesto yang terbaik kepada rakyat," tambahnya.
Tempoh penggal pemimpin Umno akan berakhir pada Jun 2021. Kali terakhir pemilihan Umno diadakan adalah pada 30 Jun 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan