KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menganggap China sebagai ‘big brother’ atau ‘abang besar’.
Ketua Pembangkang itu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap Malaysia dan dalam masa sama kenyataan Hishamuddin menggambarkan Malaysia memihak kepada kuasa besar dunia tersebut.
“Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing.
Tambah Anwar, Malaysia patut menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kerjasama perdagangan serta pelaburan dengan negara tersebut.
“Namun, apa yang menghairankan adalah tindakan Menteri Luar, Hishammuddin Hussien sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi yang menyifatkan Republik itu sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia,” katanya.
Hishammuddin mengadakan lawatan rasmi dua hari ke China pada 1 April lalu atas undangan Menteri Luar China, Wang Yi.
Pada lawatan itu beliau turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan pengukuhan kerjasama Malaysia-China dalam pelbagai bidang terutama di pada era pasca pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan