Astro Awani

Sebelum
ini timbul desas-desus Ismail Sabri mampu menyelamatkan parti jika
mampu mendesak Ahli MT mengadakan pemilihan tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi penyelamat parti jika
membangkitkan desakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk mengadakan
pemilihan parti dalam masa terdekat.
Felo
Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Achmad Dzariean Mohd Nadzri menegaskan, desakan ahli MT
itu juga asas kukuh untuk menentukan barisan baharu parti sebelum
berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Apabila
isu ini pulih, maka rakyat akan memberi keyakinan kepada UMNO bahawa
barisan baharu itu mampu menjadikan parti itu kembali kuat pada masa
akan datang.
"Sebelum
ini sudah banyak desakan lain bahawa pemilihan perlu disegerakan yang
datang dari ketua bahagian, ketua pemuda dan mereka yang yang mempunyai
autoriti bercakap," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum
ini timbul desas-desus Ismail Sabri mampu menyelamatkan parti jika
mampu mendesak Ahli MT mengadakan pemilihan tahun ini.
Dalam
pada itu Achmad Dzariean menjelaskan, pemilihan UMNO wajar dilakukan
secepat mungkin kerana tarikh pilihan raya masih belum diketahui.
"Parti
sedang berhadapan masalah hala tuju kerana secara dasarnya perwakilan
UMNO telah menetapkan penegasan bahawa tidak ada sebarang bentuk
kerjasama antara UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
"Ia
juga telah menjadi usul dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru
ini namun masalah mula timbul apabila rakaman audio yang dikatakan
melibatkan pimpinan parti serta PKR tersebar.
"Timbul
persoalan adakah selama hari ini penjajajran baharu yang disebut Ahmad
Zahid itu bermaksud bahawa satu kerjasama ingin diwujudkan dengan Anwar
dan DAP walaupun Presiden menyedari ia telah menjadi ketetapan dan
syarat ahli di bawah yang tidak mahu kerjasama tersebut," tegasnya.
Soalnya,
pada masa ini, adakah Ahmad Zahid sendiri sudah melanggar amanat
tersebut jika rakaman audio yang tersebar itu benar-benar asli.
Sebelum
ini, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim
menegaskan, penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti
menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU15 nanti.
Katanya, pelbagai perkara boleh berlaku dalam politik termasuk pemilihan pemimpin serta gabungan kerajaan yang akan memerintah.
Sebelum
ini, desas-desus Mesyuarat MT UMNO dijangka berlangsung hujung minggu
ini yang dikatakan menjadi penentu kelangsungan parti itu menjelang
PRU15.
Ahmad Zahid juga difahamkan akan menangguhkan pemilihan parti itu semaksima sehingga 18 bulan.
Jika pemilihan UMNO ditangguhkan, pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara BN, PN dan PH tidak mustahil berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan