Astro Awani

Kata
Aznel, MT sendiri mampu membuat keputusan terbaik berdasarkan suara
majoriti dan bukannya mengikut suara Ahmad Zahid. - Gambar fail/UMNO
Online
KUALA LUMPUR:
Penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti menjalinkan
kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15) nanti.
Pemangku Ketua UMNO
Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim menegaskan, pelbagai perkara boleh
berlaku di dalam politik termasuk pemilihan pemimpin serta gabungan
kerajaan yang akan memerintah.
"Bagi saya dalam politik sekarang macam-macam boleh berlaku kerana tidak seperti politik sebelum ini.
"Sebelum
ini kita berpegang asas kepada perjuangan. Politik sekarang kita
berpegang kepada siapa yang hendak memerintah, siapa yang hendak menjadi
ketua atau pemimpin. Jadi boleh pilih kepemimpinan macam-macam, sebagai
contoh, Pas bersama UMNO balik dan bersama Bersatu balik untuk
memastikan hak kepentingan orang Melayu Islam ini terjamin. Boleh jadi.
"Boleh
jadi juga BN bersama PH untuk membentuk kerajaan kerana bila kita
melihat, politik sekarang walaupun UMNO sekarang ini mempunyai parti
paling kuat, tetapi masih tidak mencukupi untuk tubuh kerajaan. Jadi
parti-parti yang ada dalam negara kita ini akan mencari untuk kita
cukupkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, desas desus Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka berlangsung hujung minggu ini.
Ia dikatakan menjadi penentu kelangsungan parti itu menjelang PRU15.
Ini
kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi difahamkan akan
menangguhkan pemilihan parti itu semaksima sehingga 18 bulan.
Jika pemilihan UMNO ditangguhkan, pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara BN, PN dan PH tidak mustahil berlaku.
Dalam
pada itu kata Aznel, MT sendiri mampu membuat keputusan terbaik
berdasarkan suara majoriti dan bukannya mengikut suara Ahmad Zahid.
"MT
boleh buat keputusan terbaik. Apabila ada dalam jemaah, kena ambil
keputusan, kalau keputusan MT kata tangguh, jadi kena ikut majoriti kata
tangguh. Kalau keputusan MT kata buat (pemilihan), memang kena buat
sebab ikut suara majoriti, bukan ikut suara Presiden," ujarnya.
Sebelum
ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu
akan memutuskan sama ada akan meneruskan pemilihan atau menangguhkannya
dalam mesyuarat MT yang dijadualkan pada Ramadan.
Beliau bagaimanapun berkata tarikh mesyuarat itu belum ditetapkan buat masa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan