Afiezy Azaman
Tuan
Ibrahim berkata MN diasaskan ketika PAS dan UMNO menjadi
pembangkang
semasa pelbagai isu melanda melibatkan kepentingan
umat Islam dan
Melayu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Asas pembentukan Muafakat Nasional (MN) harus dilihat dalam kerangka
semasa dan bukan sebelum pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata MN diasaskan
ketika PAS dan UMNO menjadi pembangkang semasa pelbagai isu melanda
melibatkan kepentingan umat Islam dan Melayu.
"Ini
telah melahirkan kerjasama erat dengan persefahaman politik dalam 10
Pilihan Raya Kecil (PRK) bertujuan tidak berlaku pertandingan tiga
penjuru mengakibatkan PAS atau UMNO kerugian.
"Dalam
pembentukan MN, jelas bahawa PAS dan UMNO adalah teras, namun sedia
menerima mana-mana parti politik atau NGO yang ingin bersama dalam usaha
memperkukuhkan penyatuan ummah ini.
"Semuanya terjadi sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Namun
atas usaha semua pihak dan kesepakatan PAS, UMNO, PBBM dan sebahagian
PKR, maka terbentuklah kerajaan PN," katanya dalam satu kenyataan di
akaun Facebook, pada Jumaat.
Beliau
berkata demikian ketika ramai pihak menggesa agar MN diperkukuhkan di
antara dua parti selepas UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengulas
lanjut, Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga berkata, dalam beberapa
siri mesyuarat, MN sedia menerima Bersatu menjadi rakan dalam gabungan
itu.
"Kedua-dua Presiden telah mengutus
surat menjemput Bersatu menyertai gabungan dan Bersatu telah menyatakan
persetujuan ke arah itu, sayangnya surat persetujuan itu tidak disambut
sehingga kini.
"Ini terjadi kerana UMNO
kecewa apabila PN didaftarkan sebagai gabungan parti dan ia dilihat
penting bagi kerajaan PN kerana ada parti yang mendokong kerajaan.
"UMNO
membuat keputusan kekal dalam gabungan Barisan Nasional (BN) malah
usaha untuk mendaftarkan MN gagal kerana namanya telah ada pihak
daftarkan," jelasnya.
Tambah Tuan
Ibrahim, UMNO telah lebih awal membuat keputusan untuk menggunakan
lambang BN dalam PRU akan datang, manakala PAS masih mengkaji kesesuaian
logo dan akan membuat keputusan setelah mendapat panduan Majlis Syura
nanti.
"Kalau semua kita sepakat
membentuk Kerajaan PN dan kita berjaya menumbangkan PH serta kita tidak
kisahpun soal kerusi yang lompat pada masa itu, kita gembira atas
muafakat ini dan rakyat juga gembira atas apa yang telah kita lakukan.
"Kenapa
kerjasama ini perlu dipisahkan? Kenapa kini kita hilang pertimbangan
dengan melupai asas pembentukan MN waktu kita jadi pembangkang dan tidak
menghargai situasi kini yang kita dapat bentuk kerajaan bersama," soal
beliau.
Terdahulu, Perhimpunan Agung UMNO
2020 (PAU 2020) meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan BERSATU
pada PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)
diteruskan hingga pembubaran Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan