Astro Awani
Abdul Hadi mengajak semua untuk bersama tawaran baharu yang
berintegriti dan berkebajikan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Pas mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam
sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan
berintegriti.
Selain itu, Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, jemputan itu termasuk juga
bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan
negara, tanpa menghabiskan masa.
Katanya, parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional (MN) yang asal.
"Matlamat
untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara
dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan
berdaulat.
"Pas
menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan
dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana
alam dan wabak yang masih menular hari ini.
"Pas
menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan
tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama
dan bangsa," katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Jumaat.
Dalam
pada itu katanya, Pas menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk
menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk
menyelamatkan negara dan semua rakyat.
Dalam
satu kenyataan sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
dan Pas sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan
Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kedua-dua
parti itu menegaskan, mereka juga menolak sebarang bentuk 'penjajaran
baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 terutamanya melibatkan
Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.
Bersatu
dan Pas juga akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat
Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti untuk menghadapi PRU15
termasuk rundingan pengagihan kerusi.
Dalam
pada itu Abdul Hadi mengajak semua untuk bersama tawaran baharu yang
berintegriti dan berkebajkan serta berpijak atas Perlembagaan
Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.
Beliau turut meminta semua pihak menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan