HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 April 2021

Pelabur asing tidak suka kerajaan yang tidak stabil – Najib

MGF10102020_TEMUBUAL-EKSLUSIF-DS-NAJIB09
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pelaburan asing ke negara ini konsisten tinggi, malah paling tinggi dalam sejarah serta antara tertinggi di ASEAN semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) ‘dibantai’ oleh pembangkang tiap-tiap hari, kata Datuk Seri Najib Razak.

Ketika itu, pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan George Soros, media dan kerajaan asing untuk mengenakan kerajaan BN.

Najib berkata, beliau juga digelar kleptokrat, pembunuh dan penyangak, selain demonstrasi besar-besaran juga sering dianjurkan oleh pembangkang.

Malaysia turut didakwa bankrap.

”Ingat kerajaan BN masa saya PM tidak dibantai ke?

”Tak semestinya pelabur asing tak masuk hanya sebab kerajaan dibantai,” katanya yang menjawab kenyataan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Semalam, Shahidan mengingatkan Najib agar memberi pandangan positif kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memulihkan ekonomi dan membantu menarik pelabur asing ke negara ini.

Menurut Shahidan, pandangan positif itu mampu menjadikan kerajaan sedia ada bertambah baik, sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur.

Najib menegaskan, pelabur tidak suka kerajaan yang tidak stabil, tidak kompeten dan tidak dipilih oleh rakyat.

Selain itu, pelabur juga kurang senang jika perbelanjaan kerajaan tidak mengikut kelulusan Parlimen dan asyik melanggar had hutang dan demokrasi serta perlembagaan digantung, kata Najib lagi. – MalaysiaGazette

* Kalau semua dok bantai kerajaan, pelabur tak berani masuk – Shahidan

Tiada ulasan: