Abd Razak Mohd Ali
Mereka
juga berharap, semua pihak dapat memelihara perpaduan yang
terjalin
dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika
mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan.
IPOH:
Perikatan Nasional (PN) Perak telah mengenalpasti kerusi-kerusi yang
berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri pada Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15).
Ketua Bersatu Perak, Datuk
Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria,
berkata, mereka juga akan membentuk satu jawatankuasa manifesto bagi PN
Perak.
“Tanpa
memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk
terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan
kepentingan agama Islam, bangsa dan negara,” kata mereka dalam satu
kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.
Mereka
turut menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh barisan Kabinet beliau.
“Kami
juga akan terus mendokong kerajaan negeri Perak, tidak terlalu
berpolitik dan akan menitikberatkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat
terkesan akibat pandemik COVID-19,” ujar mereka.
Mereka
juga berharap, semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin
dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika
mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan.
Pada
masa sama, mereka akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa bersama dalam persiapan menghadapi pilihan
raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan