HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 April 2021

PUTRA anjur Kongres Melayu bincang isu berkaitan hak Melayu

Bernama
PUTRA anjur Kongres Melayu bincang isu berkaitan hak Melayu
Hamidah berkata kongres itu dianjurkan bertujuan untuk membincangkan 
pelbagai isu melibatkan hak orang Melayu tanpa mengambil kira latar 
belakang parti politik. -Facebook@Hamidah Osman
 
IPOH: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) akan menganjurkan Kongres Melayu bertema 'Kembalikan Hak Kita Yang Hilang' di sebuah hotel di sini pada 10 April ini.
 
Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman berkata kongres itu dianjurkan bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu melibatkan hak orang Melayu tanpa mengambil kira latar belakang parti politik.
 
"Kita sudah memberi jemputan rasmi kepada wakil UMNO, PAS, Bersatu, Amanah dan PKR.
 
"Kita ingin membincangkan mengenai pelbagai masalah melibatkan orang Melayu dan pada masa sama kita akan mencadangkan kaedah sesuai supaya dapat memulihkan keadaan seperti sedia kala," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
 
Hamidah berkata terdapat tiga kertas kerja yang akan dibentangkan pada kongres berkenaan merangkumi tiga teras iaitu teras agama, tanah serta ekonomi dan pendidikan.
 
Menurutnya, kira-kira 500 orang dijangka hadir pada kongres berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.-- BERNAMA

Tiada ulasan: