Bernama
Saifuddin,
yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersetuju dengan
Perdana
Menteri bahawa negara perlu mengamalkan politik baharu yang
berfungsi,
prihatin dan stabil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin sedang membangunkan satu gabungan besar parti-parti
politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan
harmoni dalam acuan politik baharu negara.
Pengerusi
PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau yakin PN telah
belajar daripada kelemahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan
(PH) bahawa keputusan gabungan dibuat berasaskan perundingan dan bukan
dominasi satu parti.
"Dalam
BN, UMNO parti dominan. Jawatan utama BN - Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda,
Ketua Penerangan - dipegang UMNO. Dalam PN, ia dikongsi sesama parti
komponen.
"Dalam
PH tiada parti yang dominan, tapi keadaan di mana ia disokong oleh
'majoriti besar golongan minoriti' dan 'hanya minoriti kecil golongan
majoriti' menyebabkan ia tidak bertahan lama," katanya dalam hantaran di
laman Facebook rasminya hari ini.
Saifuddin,
yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersetuju dengan Perdana
Menteri bahawa negara perlu mengamalkan politik baharu yang berfungsi,
prihatin dan stabil.
"Antara ciri politik
baharu, dalam satu gabungan parti-parti politik, tidak wujud satu parti
yang dominan manakala ada parti kecil yang terpinggir," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan