HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 April 2021

'Saya tidak kisah jika digantikan' - Shahidan

Adie Sufian Zulkefli
'Saya tidak kisah jika digantikan' - Shahidan
Namun, jelas Shahidan, tidak ada sebarang desas-desus mengatakan beliau 
akan digugurkan sebagai Pengerusi UMNO Perlis. - Gambar fail/Astro AWANI
 
ARAU: "Saya tidak kisah jika saya digantikan."
 
Demikian jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Perlis, Datuk Seri Shahidan Kasim, mengenai desas-desus beliau bakal digantikan dengan Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi UMNO Perlis.
 
Namun, jelas Shahidan, tidak ada sebarang desas-desus mengatakan beliau akan digugurkan sebagai Pengerusi UMNO Perlis.
 
"Tidak ada desas-desus... apa salah saya? Kalau saya melakukan kesalahan yang berat dan sebagainya tak apa.
 
"Ini apa salah saya? Saya bagi pandangan tambahan," kata Ahli Parlimen Arau itu ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pergerakan Wanita UMNO di Pusat Khidmat Kubang Gajah dekat Arau, pada Sabtu.
 
Baru-baru ini, Azlan memaklumkan beliau sendiri tidak mengetahui mengenai desas-desus beliau akan dilantik menggantikan Shahidan sebagai Pengerusi UMNO Perlis.
 
Azlan memaklumkan sekiranya berlaku, itu bukan keputusannya dan itu adalah pertimbangan pihak kepimpinan tertinggi di dalam parti.

Tiada ulasan: