Astro Awani
Tanggapan
Pas mengetepikan UMNO dan memilih Parti Pribumi Bersatu
Malaysia
(Bersatu) adalah tidak benar, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan
Man. -
Gambar fail/Astro AWANI
KUALA NERUS :
Tanggapan Pas mengetepikan UMNO dan memilih Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) adalah tidak benar, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Timbalan Presiden Pas itu berkata,
parti itu dengan UMNO masih mempunyai hubungan dan mesyuarat Muafakat
Nasional (MN) juga masih berjalan.
Katanya dalam waktu yang sama, Pas juga merupakan parti kompenan dalam Perikatan Nasional (PN).
“Anggapan
ini tidak betul… sebab pertama sekali kita masih ada dalam Muafakat
Nasional, cuma anggapan itu timbul sebab PN didaftarkan dan bila
didaftarkan, Pas menjadi komponen.
“Jadi
itu orang anggap seolah-olah kita nak tolak UMNO. Sebenarnya tidak,
sebab UMNO dah ada Barisan Nasional (BN) dan mereka pun buat kenyataan
bahawa akan bertanding atas tiket BN.
“Jadi
Pas menghargai hak BN untuk bertanding atas lambang dia… tapi bukan
kita putus hubungan, tidak. Kita masih lagi bersama,” katanya.
Jelas beliau, kenyataan bersama yang dikeluarkan Setiausaha Pas dan Bersatu juga adalah normal.
Tuan
Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menjelaskan, Pas kagum
dengan pendirian pemimpin UMNO untuk tidak memutuskan hubungan dengan
parti tersebut, sama juga dengan pendirian kepimpinan Bersatu.
“Kita
masih mengekalkan hasrat Pas supaya umat ini kena bersatu. Cukuplah
kita berpecah lama… 50, 60 tahun kita berpecah hadapi pilihan raya,”
katanya lagi.
Terdahulu, Pas mengajak
semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan
baharu, iaitu PN bersama-sama dengan Bersatu yang berteraskan Islam
memimpin dan berintegriti.
Selain itu,
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, jemputan itu
termasuk juga kepada golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi
menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan