Astro Awani
Ahmad
Jazlan meminta Faiz sedar tiada sebuah dari 48 negara di Asia yang
mengisytihar darurat melainkan Malaysia. - Gambar fail/ Astro AWANI /
Shahir Omar
KUALA LUMPUR:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana
Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada
'Kluster Mahkamah' UMNO.
Ahli Majlis
Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mendakwa
'kluster' itu juga tidak meletakkan sebarang syarat ketika runtuhnya
kerajaan sebelum ini.
"Saya
amat yakin, sekiranya yang dilabel sebagai 'Kluster Mahkamah' ini
adalah orang lain, pastinya syarat untuk menyokong adalah dengan
mengugurkan kes-kes mereka, namun tidak kepada individu yang dimaksudkan
dan dilabel kluster berkenaan.
"Ingatkah
kita, selepas 9 Mei 2018, berapa banyak kes yang digugurkan oleh
kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi membebaskan puak-puak mereka?
"Tetapi,
tidak pada pemimpin UMNO, kita tidak meletakkan sebarang syarat mahupun
meminta untuk menggugurkan kes-kes yang sedang berlangsung, malah
mereka memilih untuk berjuang menegakkan kebenaran," dakwanya dalam satu
kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Ahli
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman dilaporkan
melabel 'Kluster Mahkamah UMNO' sebagai binatang politik yang
mempergunakan ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi.
"'Kluster Mahkamah' ialah sekelompok binatang politik (biasanya berumur) yang sudah terlalu lama menjadi warlord dalam arena politik negara," kata Faiz dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ahmad Jazlan mengingatkan Faiz agar lebih matang dalam politik dan tidak perlu membodek secara membuta tuli.
"Kelak
ia akan membinasakan diri anda sendiri. Kita juga wajar bersifat
rasional dengan tidak menuduh sembarangan mana-mana pihak yang sedang
melalui proses keadilan di mahkamah," tegasnya.
Katanya
lagi, kelompok yang wajar dilabel Faiz sebagaimana ungkapan yang
digunakan olehnya adalah pimpinan di bawah 'Kluster Darurat'.
"Terdapat
195 negara di dunia ini, hanya negara kita sahaja yang masih darurat,
Indonesia hanya mengisytiharkan kecemasan kesihatan di awal pandemik
COVID-19 iaitu tahun 2020 bukannya sekarang.
"Jadi,
yang lebih layak menerima gelaran yang diungkap oleh Faiz adalah
'Kluster Darurat' yang pengecut dan takut akan menerima realiti,
mentadbir negara dengan berselindung dengan alasan darurat.
Tidak
malukah kita dengan negara-negara luar? Di mana maruah dan kedaulatan
negara?" soalnya.
Sementara itu, Ahmad
Jazlan turut mendakwa: "Saya juga bersimpati dengan menteri daripada
UMNO yang menjaga vaksin, di mata pemimpin Bersatu mereka mengatakan
UMNO diberi tanggungjawab sebagai perwira, tetapi vaksin dilambatkan.
"Nanti menteri UMNO yang akan menjadi mangsa keadaan dengan alasan mereka tidak cekap menguruskan vaksin buat rakyat," katanya.
Tambah Ahmad Jazlan, Faiz seharusnya menasihatkan pemimpin partinya agar lebih jantan, berani dan telus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan