HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 April 2021

UMNO rasa kereta dia mahal...


Presiden umno dan seluruh anggota umno tu sendiri tahu akibat yg akan ditanggung sekiranya berlaku juga pertandingan 3 penjuru...

Sikap umno yg memutuskan nak bertanding solo atas nama bn tu boleh lah aku analogikan seperti satu keadaan di mana dua buah kereta nak melalui satu jalan sempit...dulu-dulu ada iklan raya situasi mcm ni...

Pemandu kereta A berkata dlm dirinya "kenapa aku perlu mengalah!"...pd masa yg sama pemandu kereta B pun terdetik hal yg sama...dan masing2 mengharapkan "engkau yg kena mengalah"....

Padahalnya masih ada ruang utk kedua2 kereta melalui jalan sempit tersebut tanpa perlu nak menimbulkan suasana tegang...jika kedua2 pihak berkorban sorang sikit, apa salahnya kotor sikit tayar tu...bukan rosak pun...yg penting kedua2 pihak sampai ke destinasi dengan selamat dan tidak kelewatan...

Dalam hal berkaitan, ppbm juga perlu bertolak ansur demi kesepakatan...cuma apa yg aku nampak, umno mahukan keseluruhan laluan tu diberi kpd dia...dia rasa kereta dia lebih mahal, kereta dia lebih merelap...kereta lain kena ketepi walaupun terpaksa terjun parit...pemandu kereta umno mahu kesemua 4 tayarnya berada atas laluan....ini yg jadi masalahnya...nak bincang pun susah sbb semua cermin kereta dinaikkan dan bercermin gelap... MINDA RAKYAT

Tiada ulasan: