Catu Beras Di zaman Penjajah,
Catu Minyak Waktu Merdeka?
Oleh: Ruhanie Ahmad.
Saya dibesarkan di sebuah kampung terpencil di pesisiran Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor, di zaman pra-merdeka, pada awal tahun 1950-an.
Ketika itu zaman susah, zaman derita, zaman seksa. Majoriti orang Melayu hidup dibelenggu kemiskinan. Mereka adalah insan-insan yang dilupakan - warganegara tanpa wajah di tanah air sendiri. memperkenalkan dasar untuk mencatu beras kepada rakyat desa kononnya sebagai satu
Antara fenomena hidup yang sukar dilupakan ketika itu adalah catuan beras. Penjajahstrategi memerangi gerombolan pengganas komunis yang berjuang di belukar, hutan dan belantara.
Strategi itu dilaksanakan kononnya untuk menyekat rakyat desa membekalkan beras yang berlebihan kepada pihak komunis - musuh nombor satu negara ketika itu.
Dijajah
Orang kampung yang dijajah tidak boleh berkata apa-apa. Walaupun kampung mereka agak jauh daripada Yong Peng, Pagoh dan Bukit Kepong – beberapa kawasan hitam yang disifatkan sebagai sarang komunis di sekitar Batu Pahat dan Muar pada ketika itu – dasar catuan beras tetap dikenakan ke atas mereka.
Jumlah catuan beras ditetapkan mengikut jumlah anggota sesuatu keluarga. Lebih jelas lagi, catuan beras dibuat mengikut jumlah “kepala” dalam setiap keluarga.
Orang kampung saya namakan beras itu sebagai “beras ayam”. Warnanya agak kuning dan berlapok. Baunya juga hapak. Beras itulah yang jadi makanan utama orang kampung saya di zaman penjajah.
Saya tidak ingat jumlah sebenar beras yang diizinkan untuk satu “kepala”. Bagaimanapun, jumlah beras yang boleh dibeli pada setiap bulan hanya membolehkan setiap keluarga makan nasi sekali sehari.
Ini bermakna, kalau sesuatu keluarga makan nasi di sebelah tengahari, keluarga itu hanya makan ubi, keladi, pisang atau keledek sahaja di sebelah malam.
Kiub Ubi
Tetapi, kalau jumlah beras catuan itu hendak dijadikan hidangan makan tengahari dan makan malam, maka beras itu terpaksalah dicampurkan dengan ubi, keladi atau keledek yang dicincang dalam bentuk kiub kecil berukuran setengah sentimeter.
Begitulah kisah catuan beras yang pernah saya alami di zaman penjajah. Segala-galanya berlaku kerana negara ini dijajah.
Bagaimanapun, kemudian hari saya dapati, “beras ayam” adalah “unpolished rice” yang kaya dengan zatnya. Alhamdulillah! Saya juga dapati, ubi kayu atau kasava pula kini bahan makanan kesihatan yang glamour kerana ia mempunyai kualiti istimewa untuk mencegah kanser. Alhamdulillah!
Kedua-dua hakikat di atas menyebabkan generasi pra-merdeka seperti saya tidak menyesal dibesarkan dengan memakan “beras ayam” dan “kasava”.
Merdeka
Tapi, hari ini apa ceritanya? Malaysia sudah merdeka. Malaysia pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Kenapa perlu kerajaan mencatu minyak masak kepada rakyatnya di zaman merdeka?
Ke mana perginya minyak sawit kita? Kenapa para peruncit yang dituduh sebagai punca minyak masak terpaksa dicatu? Apa kisah pengeluar minyak masak? Tidakkah mereka merupakan culprit paling besar?
Rakyat mesti bertanya secara tegas kepada kerajaan. Kenapa jadi begini? Kalau kerajaan catu jualan gula, ok, kerana kita bukan pengeluar gula. Ini kita kena catu minyak masak yang majoritinya daripada minyak sawit. Mana perginya minyak kita? Kenapa kerajaan seolah-olah hilang kawalan?
Adakah majoriti minyak sawit kita dijual kepada syarikat pengeluar bio-diesel? Adakah minyak sawit kita dieksportkan secara besar-besaran tanpa kuota? Atau, adakah pihak yang sengaja menimbulkan artificial shortage ke atas bekalan minyak masak kerana mereka mahu naikkan harga?
Dasar
Pokoknya, adakah kerajaan mempunyai satu dasar keselamatan terhadap bahan-bahan makan? Dasar ini perlu untuk memastikan pada sesuatu masa, bekalan bahan-mahan makanan adalah mencukupi. Ini penting kerana kekurangan bahan-bahan makanan yang mneruncing boleh menyebabkan krisis dan huru-hara.
Oleh itu, ambillah iktibar daripada dasar keselamatan makanan yang membabitkan bekalan beras. Malaysia mempunyai dasar ini. Sebab itulah manipulasi harga beras dan bekalan beras dapat ditangani secara berkesan. Sebab itulah harga beras di Malaysia tidak jadi seperti di Guinea, Afrika Barat, sehingga menyebabkan kerajaan negara itu digulingkan oleh rakyat jelatanya bila harga beras melambung-lambung dan gagal ditangani oleh oleh pemerintah secara berkesan.
Saya yakin Datuk Seri Shafie Apdal mampu menangani masalah minyak masak ini. Tak payahlah libatkan Timbalan Perdana Menteri atau Perda,na Menteri untuk menyelesaikannya. – Ruhanie Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan