HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Januari 2008

"Ya, Abdullah sudah jauh berbeza, sudah hilang ummmmph"
Shirzad Lifeboat


"Nak undi BN lagi?"
"Tak nak!"

Ini bukan dialog rekaan untuk menyedapkan tulisan. Bukan bahan propaganda untuk membimbangkan lagi Umno-BN. Tetapi inilah realiti - sentimen bekas pengundi Umno-BN di beberapa kawasan Parlimen dan DUN yang telah rata-rata berpatah arang berkerat rotan dengan Umno-BN.

Tinjauan menunjukkan faktor Mr. Nice Guy bukan sahaja telah merosot tetapi sebaliknya menjadi bahan gurauan dan tidak lagi dapat dijadikan rencah dan slogan utama dalam kempen yang membuahkan kejayaan bersejarah Umno-BN pada pilihan raya lalu.

Hilang ummmmp

Juga turut kehilangan ummmpnya ialah ungkapan "Bekerja Bersama Saya". Ketika ungkapan ini dilafazkan di Dewan Parlimen pertama kalinya dalam sidang pertama yang dihadiri oleh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, rakyat membayangkan Abdullah Badawi akan bekerja lebih keras daripada apa yang pernah mereka lihat dilakukan oleh Tun Dr Mahathir. Tapi malangnya, selepas pilihan raya ke-11 tahun 2004, ungkapan itu menjadi tidak lebih dari satu gimik politik yang tidak membawa banyak mana.

Bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi:
"Kononnya Pak Lah membatalkan cutinya dan bergegas pulang untuk meninjau nasib rakyat yang dilanda banjir besar di Johor dan Melaka, khususnya. Pak Lah digambarkan sebagai seorang yang benar-benar mengambil berat tentang untung nasib rakyat jelata.Tetapi, ke mana Pak Lah selepas "lakonannya" itu tersebar luas? Kenapa Pak Lah tidak hadir pada majlis rumah terbuka Malaysia sempena Krismas di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh Agong? Rupa-rupanya Pak Lah sedang bercuti di Perth, Australia. Masya Allah ! Dalam tempoh tiga tahun menjadi PM saya dapati jumlah cuti yang diambil oleh Pak Lah telahpun mengatasi jumlah cuti yang diambil oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh 10 tahun.

"Benar, Pak Lah berhak mengambil cuti tetapi bukan semasa rakyat dan negara menghadapi bencana seperti banjir. Pak Lah nampaknya tidak sensitif terhadap masalah rakyat. Macam mana rakyat nak kerja bersama-sama Pak Lah?"

Begitu juga dengan Islam Hadhari yang semakin hilang sorak-sorainya termasuk yang dikumandangkan oleh orang Umno sendiri. Jika ketika dilancarkan ia sedikit sebanyak boleh menjadi penentu kepada pukulan Gelombang Biru di Kelantan dan Terengganu, tetapi hari ini idea Hadhari sedang tenggelam bersama gelombang yang kebiruannya kian pudar dan malap.

Jawapan berbeza

Menurut buku Pak Lah: A Sense of Accountability/An Insight Into Effective Stewardship (oleh Ismail Noor dan diedit oleh Elina Noor), pada awal 1999 pengarang membuat interview rambang dan bertanya umum tentang Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, ketika itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kepada setiap orang yang ditanya, rata-rata jawapan yang diterima ialah:
"Oh, he's a nice person, simple and humble."

("Oh, dia seorang yang baik, mudah dan suka merendah diri.")
"He's someone we can trust ..."
("Dia adalah orang yang kita boleh percayai...")
"He's a religious person, straightforward ... with no hidden agenda."
("Dia seorang warak, berterus-terang… tak ada agenda tersembunyi.")
"Not as dynamic and visionary perhaps ... but a man of values."
("Mungkin tidak begitu dinamik dan memiliki visi ... tetapi seorang yang memiliki nilai.")
"He is nice and clean."
("Dia baik dan bersih.")
"He is cool during trying circumstances."
"Dia tenang ketika menghadapi suasana yang menguji.")
"He is soft-spoken, mild-mannered."
("Dia bersuara lemah-lembut, perwatakan-lembut."
"He’s very unassuming, personally approachable ..."
("Dia amat rendah diri, mudah didekati secara peribadi...")
"He has a sense of accountability."
("Dia punya rasa akauntibiliti.")

Tak boleh dipercayai lagi

Sekiranya interview seperti yang dilakukan oleh pengarang buku berkenaan dibuat sekali lagi pada awal tahun 2008 ini, apakah jawapan yang diterima akan sama seperti yang diterima pada tahun 1999 itu?

Apakah Abdullah masih lagi seorang yang simple?
Apakah beliau masih lagi seorang pemimpin yang boleh dipercayai?
Apakah dia masih lagi seorang yang berterus terang dan tidak memiliki agenda tersembunyi?
Apakah nilai Abdullah yang sebenarnya?
Apakah beliau sebenarnya mempunyai rasa akauntabiliti?
Pemimpin Umno dan segelintir mereka yang melihat tidak ada apa yang silapnya kepimpinan Abdullah dalam masa tujuh tahun ini sudah tentu mempunyai jawapan mereka sendiri. Tetapi bagaimana pula jawapan rakyat?

Tiada ulasan: