HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Februari 2008

Kenyataan “Hamba No. Satu Negara”
Yang Sukar Untuk Dilupakan Rakyat (2)

Ruhanie Ahmad



Sebilangan rakyat jelata Malaysia dilanda dilemma dan keresahan. Mereka dirayu untuk memberikan mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU12 seperti dalam pilihan raya umum sejak berpuluh tahun yang lalu.

Untuk membantu rakyat jelata membuat keputusan muktamad, saya siarkan semula di bawah ini beberapa kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mutakhir.

Buat siri kali ini, pastikanlah mengapa dalam Manifesto BN bagi PRU 11, Abdullah berkata: “saya adalah hamba no. 1 negara” dan “bekerja bersama saya dan bukan untuk saya.”

Sesudah itu, renungkanlah apa sudah jadi kepada “hamba no. 1 negara” kita pada hari ini? Mengapakah kini wujud persepsi negatif rakyat jelata terhadap beliau? Mengapakah terlalu banyak foto beliau yang sedang tertidur dalam sesuatu majlis diabadikan oleh jurufoto lokal dan internasional? [Foto-foto beliau yang menghiasi side-bar blog ini adalah antara buktinya.]

Dan, adakah kata-kata “bekerja bersama saya dan bukan untuk saya” yang terkandung dalam Manifesto BN bagi PRU11 cuma satu retorika atau sudah jadi kenyataan? Kalau jadi realiti, siapakah yang bekerja untuk Abdullah? Menantunya? Konco-konco menantunya? Atau, sekadar segelintir manusia di sekelilingnya yang bertindak “sokong bawa rebah”?

Oleh itu, sekali lagi wajar anda insaf bahawa sebelum anda keluar mengundi pada 8 Mac 2008, renung, tuntasi dan rincikanlah kata-kata di atas dengan tenang dan rasional. Kaji sejauh manakah kata-kata itu telah diberikan roh dan jiwa setelah Abdullah menerima mandat besar melalui PRU 11. Akhirnya, pastikan sendiri sama ada kenyatan di atas adalah realiti atau sekadar retorika dan ilusi

Tiada ulasan: