HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Februari 2008

Lagi kezaliman UMNO/BN Terengganu – 27 tahun usaha tanah tidak diiktiraf
Ditulis : SM Nor


Setiu – Beratus-ratus juta sanggup dibelanjakan olek kerajaan UMNO/BN Teregganu untuk projek-projek ‘kroni’ Patrick Badawi di Pulau Duyong(RM250 juta) dan Pulau Wan Man(RM 250 juta), namun sedikit sahaja yang dibelanjakan untuk rakyat, terlalu payah, terlalu sukar ,diungkit-ungkit dan ada yang langsung tidak dilayan.

Sebelum dari ini kita telah membaca, melihat dan mendengar berita tentang ketidakadilan dan kezaliman kerajaan UMNO/BN pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh. Sebagai contoh mangsa-mangsa pembesaran jalan kelantan, dari Seberang Baroh ke Pulau Rusa dan mangsa pembesaran Masjid Seberang Jertih (Pak Noor). Mereka tidak mendapat gantirugi atau pun mendapat gantirugi yang tidak sepadan dengan kesusahan yang mereka alami.

Begitu juga yang terjadi kepada seorang petani sepenuh masa, Tuan Ibrahim Tuan Soh, 51, dari Kampung Bahagia, Bintang, Setiu Terengganu. Usaha pertaniannya atas sekeping tanah seluas 2.5 ekar di hujung kampong kemungkinan besar akan terjejas, disebabkan oleh rancangan kerajaan untuk mengambil semula tanah tersebut.

Tanah yang diwarisi dari arwah ayahnya dulu, adalah tanah ‘rentahan’ atau ‘imarah’ yang diteroka oleh mereka-mereka yang terdahulu, sejak tahun 1980, untuk tujuan bercucuk tanam dan menyara hidup sekeluarga. Sebelum dari tahun 2000, permohonan atas tanah tersebut dan disekitarnya tidak pernah dilayan akibat ‘dasar tanah’ zaman Wan Mokhtar sebagai Menteri Besar. Permohonan tanah secara umumnya telah dibekukan.

Pada tahun 2000, apabila PAS mendapat mandat rakyat dan memerintah negeri Terengganu, permohonan bagi tanah yang termasuk dalam Mukim Guntong itu diangkat dan diproses. Malangnya belum sempat selesai pemprosesan permohonan tanah tersebut, tampuk pemerintahan negeri Terengganu ‘dirampas’ oleh UMNO/BN.

“Mereka mari(datang) pacak kayu penanda dan terus kerat pokok limau,
“yang datang hanya ‘juruukur swasta’, pihak Pejabat Tanah dan Daerah tak mari langsung” kata Tuan Ibrahim, mengadu kepada Buletin Online, yang mengunjungi kebun limau beliau kelmarin.

“Betullah ini masih berstatus tanah kerajaan, tapi saya dah usahakan sejak tahun 1980, sejak dari ‘gemuloh’(arawah) ayah saya lagi,

“takkan tak ada pertimbangan langsung? Ko…. jenis plastik, ko jenis kayu? Kalu manusia mesti ada kira bicara” tambahnya lagi.

Tanah beliau akan diambil, dikatakan untuk membina sebuah jalan menuju ke Bukit Drebar, sejauh kira-kira lima kilometer. Tidak ada wakil rakyat atau pegawai yang turun memberitahu dan berbincang dan berkira bicara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, yang datang hanya wakil projek, hanya untuk melaksanakan tugas.

Turut sama menziarahi kebun limau Tuan Soh adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda dan Timbalan Pengerusi Gerak Tani Sedar, Tuan Hj Mohammad Said.

Apabila diminta mengulas tentang perkara tersebut, Ust Pauzi berkata, “Itulah ‘style’ atau gaya pengurusan seorang Menteri Besar yang pernah belajar di Universiti Havard, seorang yang dikatakan ‘hebat’,

“Tak tengok langsung hok rakyat, tapi kalu hok koperat, habis duit rakyat tak apa” tambah Ustaz Pauzi.

“InsyaAllah, jika kita diberi mandat oleh rakyat sekali lagi pada pilihanaraya kali ini, kita akan tunaikan sebagaimana janji kita dalam manifesto,

“Tanah yang telah diusahakan sekian lama macam ni, memang sepatutnya diberikan kepada yang menghidupkan tanah tersebut, itu kaedah Islam” jelas Ustaz Pauzi.

Tiada ulasan: