Pengarah Jaip dilantik menjadi Pegawai Tugas-tugas Khas di Pejabat SUK
IPOH: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury melaporkan diri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas selepas Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin mengarahkan beliau ditukarkan serta merta, pagi semalam.
Bernama diberitahu bahawa Jamry dijangka menerima surat pengesahan ke jawatan itu seawal-awalnya Isnin ini.
Jamry telah dinasihatkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), demikian menurut sumber, hari ini.
Semalam Jamry, yang telah memegang jawatan itu selama tiga tahun sejak 2004, diarah bertukar dengan serta merta oleh Mohammad Nizar kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan