Minuman keras di sebalik Furom Perdana Kuala Selangor
Ibnu Khuzaimah
Di sebalik kejayaan Forum Perdana Ehwal Islam di Kuala Selangor pada 16 Mei 2008 yang lalu, muncul kisah kurang enak dan mual untuk didengar.
Foram yang menampilkan Dr. harun Din, Kharussani Zakaria Mufti Perak, Ust. Ismail Kamus dan Dr Hasan Ali sebagai moderator, menerima kehadiran lebih 11 ribu pendengar.
Namun, Forum Perdana anjuran Jabatan Agama Islam itu tidak kurang mendapat halangan berunsur sabotaj oleh musuh-musuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Pada peringkat awal masalah tempat menjadi halangan apabila YDP Majlis Daerah Kuala Selangor tidak begitu gembira cadangan menggunakan Stadium Utama Kuala Selangor dengan alasan padang rumput akan rosak.
Bagaimanapun penganjuran tetap diteruskan di padang stadium kerana jangkaan kehadiran melebihi 10 ribu orang menjadi kenyataan.
Malangnya, stadium tertutup yang hendak digunakan untuk solat hajat tidak kesampaian kerana tin dan botol minuman keras masih menghiasi di dalamnya .
Solat hajat diteruskan di atas trek padang stadium utama dan foram berjalan lancar dengan kehadiran lebih 11 ribu orang. Turut hadir memberi amanat ialah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, MB Selangor.
Sikap YDP Majlis Daerah Kuala Selangor dipertikaikan.
Pertama, tidak memberikan respons positif seperti cuba menghalang penggunaan stadium utama untuk program tersebut.
Kedua, YDP ini, gagal memahami tugasnya sebagai penjawat kerajaan, bahawa kehadiran forum pada malam tersebut ialah pembayar cukai yang berhak kepada kemudahan awam.
Ketiga, tempat awam setelah disewakan kepada pihak lain untuk apa-apa program, tidak diselia seperti sediakala sebelum ia digunakan.
Kepimpinan YDP Majlis Daerah Kuala Selangor amat lemah lantaran berlaku nepotisma dan kronisma serta salah urus yang keterlaluan. Selangor Today mempunyai bukti-bukti jelas penyalahgunaaan kuasa YDP Majlis Daerah Kuala Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan