MTD Dun Paroi terbitkan buletin 'Purnama N9'
Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Pada 27 Mei lalu Majlis Tindakan Dun Paroi (dalam Parlimen Rembau, Negeri Sembilan) telah melancarkan buletin khas yang dinamakan 'Purnama N9'.
Bertempat di Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkeply Mohd Omar telah melancarkan buletin tersebut.
Penerbitan buletin ini bertujuan untuk mendedahkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti Pusat Khidmat Dun Paroi dan sebagai penghubung antara wakil rakyat, Mohd Taufek Abdul Ghani (Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan) dan penduduk Paroi.
Zulkeply dalam ucapannya melahirkan kalungan tahniah kepada bahagian penerangan MTD Paroi yang telah bersusah-payah mencari bahan untuk penerbitan dan dana untuk percetakan.
Dana turut diperolehi melalui ruangan iklan yang turut terdapat dalam buletin tersebut dan pihak MTD telah berusaha untuk mencetak kira-kira 3000 naskhah untuk diedarkan di sekitar Paroi dan kawasan berhampiran.
Rata-rata penduduk Paroi yang ditemui mengalu-alukan penerbitan buletin ini kerana bagi mereka tidak semua pihak mempunyai akses internet yang mana maklumat Adun Paroi boleh diperolehi melalui blognya ( mohdtaufek@blogspot.com). - mks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan